SEMINAR ICT SEKTOR AWAM WILAYAH PEDALAMAN ATAS TAHUN 2023

Tarikh: 2023-06-07

Seminar ICT Sektor Awam Wilayah Pedalaman Atas tahun 2023 anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri (JPKN) Cawangan Wilayah Pedalaman Atas telah diadakan pada 7 Jun 2023 di Dewan Selingkawang, Pusat Kraftangan Yayasan Sabah, Keningau. Seramai 112 peserta dari kakitangan awam negeri dan 30 peserta dari kakitangan kerajaan persekutuan menghadiri seminar tersebut. Majlis Perasmian Penutupan Seminar ICT Sektor Awam Wilayah Pedalaman Atas Tahun 2023 telah disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap II Ybhg. Puan Alijah Binti Ismail.Seminar ini sangat relevan dengan tema "Inovasi Digital, Pemacu Ekonomi Mampan" yang menjadi isu utama dalam pembangunan ekonomi dan teknologi di negeri Sabah. Transformasi digital di wilayah pedalaman atas menjadi sangat penting dalam memastikan bahawa tiada daerah yang tertinggal dalam hal pembangunan ekonomi dan teknologi.